Khamis, 30 Julai 2009

Latihan Wajadiri 2009

Semenjak bulan Jun sehingga sekarang, semangat untuk mencapai kilauan emas di Wajadiri Sarawak 2009 tidak pernah luntur di dada setiap peserta. Hari demi hari para peserta giat memahirkan gerak demi gerak untuk mencipta persembahan sempurna di Sawarak nanti. Kita ikuti latihan mereka..

Gambar-gambar Sekitar "Hari Kejadian" (SRP)



Khamis, 23 Julai 2009

Majlis Ijazah Silat Cekak Hanafi Batu Pahat

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Ijazah Asas dan Potong di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 JULAI 2009

Tempat : Kompleks G3, UTHM

Masa : 9.00 malam

DAN

Tarikh : 23 JULAI 2009
Tempat : ADTEC
Masa : 5.00 petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis.

Ahad, 19 Julai 2009

Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) JOHOR

Setelah sekian lama menanti akhirnya SRP SCH telah kembali ke bumi Johor pada 19 Julai lalu. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Larkin, seramai 13 peserta SRP daripada UTHM telah mengambil ujian tersebut. Persiapan SRP telah dilakukan selama lebih kurang sebulan bermula dari awal Jun sehingga saat-saat akhir tarikh ujian. Para peserta telah berusaha gigih mempersiapkan diri dengan latihan jogging mengelilingi kampung Pt. Baring dan latihan persilatan pada sebelah malamnya. Tahniah diucapkan kepada mereka atas kejayaan menempuhi SRP. Berikut disertakan gambar-gambar ketika latihan . Gambar-gambar sewaktu tarikh "kejadian (SRP)" akan menyusul kemudian.



Ahad, 5 Julai 2009

Tempahan T-Shirt Menjulang Warisan Melayu

Dapatkan t-shirt terbaru "Menjulang Warisan Melayu"
Harga t-shirt hanya RM15 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)
Untuk tempahan sila hubungi cahayaimann@yahoo.com
*Siapa Cepat Dia Dapat!!

MAKLUMAN - SIJIL RENDAH PERSILATAN

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli Tamat Silat Cekak Hanafi yang ingin menyertai Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Hanafi, Butirannya seperti berikut : -

Tarikh : 19/07/09 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi

Lokasi : Kompleks Belia, Larkin

Bayaran : RM60.00

Blog Karnival Wajadiri 2009 Sarawak




Update mengenai wajadiri 2009 sarawak boleh di lihat di Blog Karnival Wajadiri 2009 Sarawak di http://wajadiri2009.blogspot.com/

Selamat Datang

Assalamualaikum...

BATU PAHAT - Selamat Datang diucapkan kepada Semua pengunjung blog ini khusus kepada Ahli Silat Cekak Hanafi walau di mana jua anda berada. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dan dengan berkat Rasul yang dikasihi junjungan kita semua Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasalam dapat juga pihak kami menyiapkan blog ini untuk tatapan umum berkenaan aktiviti2 yang dijalankan di sini.