Isnin, 28 September 2009

Sambutan AidilFitri Silat Cekak Hanafi

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Sambutan AidilFitri Silat Cekak Hanafi di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2009

Tempat : Bilik Perbincangan, Kompleks G3, UTHM

Masa : 2.00petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi khusus di Batu Pahat serta berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut. Sebarang sumbangan daripada ahli dalam bentuk juadah amatlah digalakkan.

WAJADIRI SARAWAK MERIAH!!!

Pada hari Jumaat, 13 Ogos 2009 telah diadakan Majlis Tahlil Perdana yang telah diadakan

di Dewan Umum, Kompleks CIDB Kuching Sarawak, majlis telah dipimpin oleh Tuan Hj Awang Shahbudin dari Persatuan Qari Kuching. Majlis

telah diadakan bagi memperingati Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi, Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13hb Ogos 1986 dan bersempena Sambutan 10 tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Seramai lebih kurang 900 orang ahli SCH dari seluruh negara telah menghadiri majlis tersebut yang

dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan surah Yasin, tahlil dan solat isyak berjemaah. Majlis berakhir lebih kurang 10.30 malam bagi memberi peluang kepada peserta-peserta berehat sementara menanti Kejohanan Wajadiri peringkat IPT & sekolah pada keesokan hari. Majlis perasmian Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat IPT dan Sekolah telah selamat dirasmikan dengan suasana yang sungguh meriah oleh YB Hj Hamden bin Hj.Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Perlancongan Negeri Sarawak. Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Kejohanan ini julung-julung kalinya diadakan di luar semenanjung Malaysia di kepulauan

Borneo telah disertai oleh 35 pasukan yang terdiri daripada 23 IPT dan 12 sekolah dari seluruh Malaysia. Sebanyak 8 kategori lelaki dan wanita telah dipertandingkan dan kontigen UTHM telah memenangi 2 pingat perak bagi kategori Umum Kosong Lelaki dan Wanita dan 2 pingat gangsa iaitu dalam kategori Persembahan Atas Papan Sekeping Lelaki dan Menangkis Serangan Tongkat Lelaki. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi dan wakil-wakil dari Kementerian dan Agensi Kerajaan, wakil-wakil dari IPT dan Sekolah yang terlibat.


Pada sebelah malamnya telah diadakan Majlis Makan Malam Nostalgia diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching sempena Sambutan 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Majlis Makan Malam Nostalgia tersebut telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila seramai lebih 900 orang ahli dari seluruh Malaysia telah memenuhi ruang dewan bagi meraikan semua kontinjen Kejohanan Wajadiri dan Lifetime Award Achievement. Tujuan Lifetime Award Achievement diberikan adalah bagi memberi penghargaan kepada mereka yang banyak menghulurkan bantuan dan menabur jasa sepanjang kelahiran SCH di Sarawak.