Ahad, 19 Julai 2009

Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) JOHOR

Setelah sekian lama menanti akhirnya SRP SCH telah kembali ke bumi Johor pada 19 Julai lalu. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Larkin, seramai 13 peserta SRP daripada UTHM telah mengambil ujian tersebut. Persiapan SRP telah dilakukan selama lebih kurang sebulan bermula dari awal Jun sehingga saat-saat akhir tarikh ujian. Para peserta telah berusaha gigih mempersiapkan diri dengan latihan jogging mengelilingi kampung Pt. Baring dan latihan persilatan pada sebelah malamnya. Tahniah diucapkan kepada mereka atas kejayaan menempuhi SRP. Berikut disertakan gambar-gambar ketika latihan . Gambar-gambar sewaktu tarikh "kejadian (SRP)" akan menyusul kemudian.