Selasa, 12 April 2011

Demo High School

Pada 2 feb 2011, seramai 25 orang ahli-ahli SCH Sekolah Tinggi Batu Pahat, yang dipimpin oleh En. Samsudin dan En. Yasin telah diberikan satu penghargaan untuk mengadakan demonstrasi bertempat di Pasaraya Square One Batu Pahat. Program"Kenali Masyarakat" yang dianjurkan oleh INSEP UTHM, memilih beberapa sekolah yang berada di sekitar Batu Pahat untuk mempersembahkan beladiri dari sekolah masing-masing. Walaupun ahli-ahli yang menyertai demonstrasi ini dari peringkat jatuh, komitmen dan kesungguhan mereka dalam melakukan demonstrasi telah menarik minat ramai pengunjung di sekitar ekspo tersebut. Syabas dan tahniah buat ahli-ahli SCH Sekolah Tinggi Batu Pahat.









Training SRP

Debaran untuk Ujian Rendah Persilatan semakin dirasai. Setiap kelas-kelas latihan tengah mempergiatkan latihan masing-masing bagi persedian ujian tersebut. Alhamdulillah bagi kali ini Pusat Latihan akan menghantar peserta-peserta dari UTHM,PLBP, SDBL dan kelas pertama dari KKTM Sri gading. Dianggarkan seramai 30 orang peserta dari daerah ini yang akan menduduki ujian tersebut. Semoga para peserta dapat lulus dengan jayanya. Teruskan usaha anda semua. Hidup Cekak Hanafi...










Friendly Bowling..


Alhamdu lillah pada 19 Feb 2011, kami telah menjalankan latihan bowling bersama di Batu Pahat Mall bagi persediaan satu pertandingan bowling peringkat negeri johor. Latihan ini disertai oleh ahli-ahli SCH BP dan ahli-ahli cawangan johor, En Shukor, En Khairul Zahrin, En Aris & En Azizi. Program latihan ini bermula jam 830 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Semoga program seumpama ini akan diadakan dengan lebih kerap lagi bagi mengeratkan hubungan sesama ahli. Insyaallah.











Khamis, 6 Mei 2010

Perjumpaan Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Johor

Perjumpaan Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Johor akan diadakan pada:-

Tarikh : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 4.00petang
Tempat : Kompleks G3, UTHM
Bayaran : RM10.00

PERLAWANAN YANG DINANTIKAN SUDAH TIBA...

Perlawanan persahabatan futsal antara Pusat Latihan Batu Pahat VS Pusat Latihan Johor Bharu akan diadakan pada:-

Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Raja Futsal Parit Raja

Untuk makluman lanjut sila hubungi En.Zahrin bagi cawangan Johor dan En.Samsudin bagi Pusat Latihan Batu Pahat.... Mari datang beramai2 JOM FUTSAL...!!!

Ahad, 21 Mac 2010

MAKLUMAN: MAJLIS IJAZAH

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 MAC 2010

Tempat : BATU PAHAT

Masa : 5.00petang dan 9.00malam


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan
YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis dan meraikan kedatangan Guru yang disayangi.

SEDEKAD Silat Cekak Hanafi UTHM


BATU PAHAT, 7 MAC 2010 - Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Perayaan Sedekad Silat Cekak Hanafi UTHM dan melancarkan Kempen JOM SILAT Cekak Hanafi yang telah disempurnakan oleh Dr. Asri Bin Selamat selaku wakil rasmi Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Bin Damilin Naib Canselor UTHM. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Tengku Ismail Ibrahim, UTHM telah dihadiri seramai lebih kurang 200 orang ahli Silat Cekak Hanafi sekitar Johor Darul Ta'zim.

Perayaan ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan dan perkembangan sepanjang penubuhannya supaya kemeriahan dan penghayatannya dapat dijadikan kekuatan dan pendorong semangat untuk ahli-ahli terus berjuang bersama-sama kelab ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan PSSCUHM En. Abdil Hakim Bin Hj. Ahmadun dan Ahli Majlis Mesyuarat PSSCUHM Caw. Johor yang diketuai oleh NYDP Caw.Johor iaitu En. Ismail bin Manap, En. Harmidi, En. Khairul Zahrin dan ramai lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Seluruh Negeri Johor termasuk dari Uitm Segamat dan UTM Skudai. Para Jemputan turut disajikan dengan Persembahan yang mantap daripada Skuad Demo Silat Cekak Hanafi PLBP. Majlis berakhir kira-kira jam 5.01petang.

Antara tetamu yang hadir

Sebahagian daripada Gimik Perasmian

Perasmian Sedekad dan Pelancaran Kempen Jom Silat Cekak Hanafi UTHM

Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Caw. Johor

Alumni Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM

AJK Pelaksana dan UiTM Segamat bergambar kenangan

Makan Malam BBQ Cawangan Johor

TASEK MERDEKA, 6 FEBRUARI 2010 : Merah dan meriah. Itulah yang dapat dikatakan bila rata-rata tetamu yang hadir pada "Makan Malam BBQ" menepati warna tema makan malam iaitu "Merah Hitam". Ramai yang memilih warna merah hingga memenuhi hampir semua ruang yang diperuntukkan oleh penganjur dimana seramai 181 dewasa dan 25 kanak-kanak telah hadir bagi memeriahkan "Makan Malam BBQ" tersebut.

Sungguh segak dan bergaya YDP Johor, En. Harith Abd. Hamid apabila mengenakan baju berwarna merah walaupun itulah pertama kali memakainya dikhalayak ramai bagi menyambut tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Tujuan utama diadakan "Makan Malam BBQ" adalah untuk mengumpul dana bagi mengerakkan aktiviti persatuan dan bukannya makan yang diutamakan. Sungguhpun begitu, makanan yang terhidang cukup banyak dan pelbagai pilihan hingga ada yang tidak tahu hendak makan apa. Dari nasi arab, lauk-pauk, ulam-ulaman, acar dan rojak, kuih-muih, agar-agar dan puding, buah-buahan, sup kambing sehingga ke hidangan istimewa kambing 'kuzi' turut disajikan.

Para tetamu boleh makan apa sahaja tetapi dari apa yang dapat dilihat mereka yang turut serta adalah kerana semangat dan keinginan yang merah membara (warna tema makan malam) untuk membantu menjayakan pengumpulan dana Cekak Hanafi Johor. "Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut, sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dimohon jutaan ampun dan maaf", itulah antara kata-kata En. Harith Abd Hamid semasa memberi ucapan. "Bercakap tentang semangat, kehadiran tetamu dari pasir Gudang, Batu Pahat, Muar dan Segamat cukup membanggakan malah mereka yang satu ketika pernah menyumbang bakti di Johor dan sekarang bekerja diluar Johor turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana", tambahnya lagi. Turut disentuh semasa ucapan beliau adalah mengenai aktiviti yang akan dirancang serta Mesyuarat Agung Tahunan yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sebanyak 12 hadiah hamper disediakan kepada para tetamu, dengan cabutan bertuah kepada mereka yang bertuah pada malam tersebut, permainan untuk kanak-kanak, senda-gurau kepada suami isteri dan mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Februari turut diraikan pada malam tersebut.

Peluang berkaraoke turut dibuka kepada tetamu dan sungguh ramai yang berbakat dalam nyanyian dan boleh diketengahkan untuk menyertai "Mentor". Dan seperti biasa YDP Johor En. Harith turut mendendangkan sebuah lagu dari Broery Marantika, sesuai dan kena dengan suara YDP yang ala-ala Broery Marantika. Begitu juga dengan mantan YDP Johor, En. Abdil Hakim Ahmadun turut menyanyikan sebuah lagu dan boleh dikatakan mereka ini cukup sporting. Kepada mereka yang bercita-cita menjadi YDP Johor ini nasihat yang boleh diberikan iaitu latih-latihlah menyanyi.

Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30mlm dan dalam diam sungguh pantas masa berlalu hingga tidak sempat untuk mendengar orang lama menyanyi terutama dari En. Ariff Alias (Abang Ariff), suaranya yang lunak merdu menyanyikan lagu 'Abang Beca' amat dirindui bagi mereka yang pernah mendengar semasa abang Ariff menyanyikannya di "Hari Keluarga Cekak Hanafi" yang telah pernah diadakan pada masa lalu. Semoga pihak PSSCUHM Cawangan Johor dapat menganjurkan "Hari Keluarga Cekak Hanafi" pada masa-masa akan datang.



Sumber Dipetik Dari: www.silatcekakhanafijohor.org