Ahad, 21 Mac 2010

SEDEKAD Silat Cekak Hanafi UTHM


BATU PAHAT, 7 MAC 2010 - Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Perayaan Sedekad Silat Cekak Hanafi UTHM dan melancarkan Kempen JOM SILAT Cekak Hanafi yang telah disempurnakan oleh Dr. Asri Bin Selamat selaku wakil rasmi Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Bin Damilin Naib Canselor UTHM. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Tengku Ismail Ibrahim, UTHM telah dihadiri seramai lebih kurang 200 orang ahli Silat Cekak Hanafi sekitar Johor Darul Ta'zim.

Perayaan ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan dan perkembangan sepanjang penubuhannya supaya kemeriahan dan penghayatannya dapat dijadikan kekuatan dan pendorong semangat untuk ahli-ahli terus berjuang bersama-sama kelab ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan PSSCUHM En. Abdil Hakim Bin Hj. Ahmadun dan Ahli Majlis Mesyuarat PSSCUHM Caw. Johor yang diketuai oleh NYDP Caw.Johor iaitu En. Ismail bin Manap, En. Harmidi, En. Khairul Zahrin dan ramai lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Seluruh Negeri Johor termasuk dari Uitm Segamat dan UTM Skudai. Para Jemputan turut disajikan dengan Persembahan yang mantap daripada Skuad Demo Silat Cekak Hanafi PLBP. Majlis berakhir kira-kira jam 5.01petang.

Antara tetamu yang hadir

Sebahagian daripada Gimik Perasmian

Perasmian Sedekad dan Pelancaran Kempen Jom Silat Cekak Hanafi UTHM

Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Caw. Johor

Alumni Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM

AJK Pelaksana dan UiTM Segamat bergambar kenangan