Selasa, 22 Disember 2009

Silat Cekak Hanafi @ Utusan

ARKIB : 21/12/2009

IPT digalak tambah jumlah kredit kokurikulum

BANGI 20 Dis. – Institusi pengajian tinggi tempatan digalak menambah jumlah kredit di dalam nilai gred mata (GPA) bagi aktiviti kokurikulum pelajar masing-masing.

Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Radwan Che Ros berkata, langkah itu dilihat mampu mendorong pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar kuliah.

Malah kata beliau, kementerian yakin dengan cara ini, setiap pelajar mempunyai faktor nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang dan bukan setakat mempunyai kelulusan akademik semata-mata.

“Selain itu, ia memberikan keyakinan kepada mereka untuk menempuh alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi di German-Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden serta Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM), Md. Radzi Hanafi Al-Qadhi dan Pengarah Urusan GMI, Yusoff Md. Sahir.

Dalam perkembangan lain, Radwan berkata, kegiatan seni silat dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang seimbang daripada segi pembentukan fizikal dan kerohanian.

“Setiap individu yang menghayati silat dapat menyemai semangat jati diri kepada bangsa dan agama.

“Memandangkan dunia kian dipengaruhi arus globalisasi, peranan seni silat dalam mempertahankan identiti jati diri Melayu semakin penting,’’ katanya.

Malahan, beliau yakin silat boleh menjadi satu cara terbaik bagi mengatasi permasalahan sosial masyarakat hari ini seperti penyalahgunaan dadah dan budaya merempit.

Pada majlis tersebut, seramai 200 tenaga pengajar dari seluruh negara menerima tauliah masing-masing.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Rabu, 2 Disember 2009

HARI KELUARGA SILAT CEKAK HANAFI CAW. JOHOR

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Caw. Johor akan mengadakan Hari Keluarga Silat Cekak Hanafi Johor seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Disember 2009 (AHAD)

Masa : 8.00pagi - 5.00petang

Tempat : Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Johor.

Bayaran : RM 5.00

Dijemput Semua Ahli Silat Cekak Hanafi Cawangan Johor sama-sama hadir untuk merapatkan Silaturrahim sesama kita dan memeriahkan lagi program berkenaan. JOM SANTAI!!!

Rabu, 11 November 2009

MAKLUMAN: Tempahan Baju Korporat PSSCUHM

Tempahan dan Pengukuran Baju Korporat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam

Tempat : Rumah Persatuan Kampung Melayu Majidee.

Deposit : RM50.00


kesemua TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI JOHOR diWAJIBkan datang untuk penempahan tersebut.

* Tertakluk kepada pindaan

Selasa, 10 November 2009

Tour Ahli MMN Johor Darul Ta'zim

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Johor akan mengadakan satu penjelajahan ke seluruh Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi yang berada di bawah naungan Negeri Johor Darul Ta'zim. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat : Johor Bharu-Segamat-Muar-Batu Pahat-Pasir Gudang
Masa : 7.30pagi hingga 10.00malam.

Diharapkan kepada semua Daerah dapat bersedia untuk menerima kunjungan tersebut.

*Tertakluk kepada pindaan

Khamis, 5 November 2009

Makan Malam Berakhir Dengan Jayanya.


BATU PAHAT, 27 Oktober - Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi. Majlis tersebut yang diadakan di Hotel Landmark telah dihadiri seramai 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi sekitar Batu Pahat dan UiTM Segamat. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim antara ahli Silat Cekak Hanafi dan hubungan antara anak murid dengan Guru. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Yang DiPertua PSSCUHM Cawangan Johor En. Ismail Bin Manap dan Ketua Pusat Latihan Batu Pahat iaitu En. Shahibol Bin Wan. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 11.01 malam.



VIP menjamu selera


Tengok apa tu...???


Errmmm...Sedapnya


Wakil daripada ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Segamat


Peneraju Silat Cekak Hanafi Batu Pahat


Serikandi Silat Cekak Hanafi Batu Pahat

Rabu, 21 Oktober 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YM GURU UTAMA SILAT CEKAK HANAFI

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Makan Malam Bersama YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al-Qadhi di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)

Tempat : Hotel Landmark, Batu Pahat

Masa : 8.00malam

Bayaran : RM 25.00

(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi khusus di Batu Pahat yang berminat untuk turut-serta bolehlah memberi
NAMA dan BAYARAN kepada Faridah: 019-7497421 / Fazli: 019-7082721 sebelum 23 OKTOBER 2009 jam 11.59pm. TEMPAT ADALAH TERHAD

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS ZAHHID HASSAN


DIJEMPUT SEMUA AHLI SILAT CEKAK HANAFI YANG BERKELAPANGAN UNTUK HADIR DAN BERSAMA-SAMA MERAIKANNYA.

MAKLUMAN: MAJLIS IJAZAH

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Ijazah Asas di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 OKTOBER 2009

Tempat : BATU PAHAT

Masa : 4.00petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis.

Khamis, 1 Oktober 2009

Pameran dan Persembahan Demonstrasi KSCH UTHM

Sukacita dimaklumkan ahli2 Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM akan mengadakan pameran serta pengambilan ahli baru dan mengadakan demonstrasi silat cekak hanafi pada seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 - 7 Oktober 2009 (demo silat cekak hanafi 6/10/2009)

Tempat : Dewan Tengku Ibrahim Ismil, UTHM

Masa : 10.00pagi - 10.00malam (demo silat cekak hanafi 9.00 malam)


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua WARGA UTHM yang membaca artikel ini dan ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi di Batu Pahat khusus di UTHM dijemput hadir.

Rumah Terbuka Aidilfitri Guru Utama/Presiden PSSCUHM




Tarikh : 10 Oktober 2009

Tempat : Lot 8432, Jalan H1, Taman Melawati, Ulu Klang.

Masa : 1.00petang - 5.00petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut.

Isnin, 28 September 2009

Sambutan AidilFitri Silat Cekak Hanafi

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Sambutan AidilFitri Silat Cekak Hanafi di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2009

Tempat : Bilik Perbincangan, Kompleks G3, UTHM

Masa : 2.00petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi khusus di Batu Pahat serta berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut. Sebarang sumbangan daripada ahli dalam bentuk juadah amatlah digalakkan.

WAJADIRI SARAWAK MERIAH!!!

Pada hari Jumaat, 13 Ogos 2009 telah diadakan Majlis Tahlil Perdana yang telah diadakan

di Dewan Umum, Kompleks CIDB Kuching Sarawak, majlis telah dipimpin oleh Tuan Hj Awang Shahbudin dari Persatuan Qari Kuching. Majlis

telah diadakan bagi memperingati Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi, Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13hb Ogos 1986 dan bersempena Sambutan 10 tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Seramai lebih kurang 900 orang ahli SCH dari seluruh negara telah menghadiri majlis tersebut yang

dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan surah Yasin, tahlil dan solat isyak berjemaah. Majlis berakhir lebih kurang 10.30 malam bagi memberi peluang kepada peserta-peserta berehat sementara menanti Kejohanan Wajadiri peringkat IPT & sekolah pada keesokan hari. Majlis perasmian Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat IPT dan Sekolah telah selamat dirasmikan dengan suasana yang sungguh meriah oleh YB Hj Hamden bin Hj.Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Perlancongan Negeri Sarawak. Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Kejohanan ini julung-julung kalinya diadakan di luar semenanjung Malaysia di kepulauan

Borneo telah disertai oleh 35 pasukan yang terdiri daripada 23 IPT dan 12 sekolah dari seluruh Malaysia. Sebanyak 8 kategori lelaki dan wanita telah dipertandingkan dan kontigen UTHM telah memenangi 2 pingat perak bagi kategori Umum Kosong Lelaki dan Wanita dan 2 pingat gangsa iaitu dalam kategori Persembahan Atas Papan Sekeping Lelaki dan Menangkis Serangan Tongkat Lelaki. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi dan wakil-wakil dari Kementerian dan Agensi Kerajaan, wakil-wakil dari IPT dan Sekolah yang terlibat.


Pada sebelah malamnya telah diadakan Majlis Makan Malam Nostalgia diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching sempena Sambutan 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Majlis Makan Malam Nostalgia tersebut telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila seramai lebih 900 orang ahli dari seluruh Malaysia telah memenuhi ruang dewan bagi meraikan semua kontinjen Kejohanan Wajadiri dan Lifetime Award Achievement. Tujuan Lifetime Award Achievement diberikan adalah bagi memberi penghargaan kepada mereka yang banyak menghulurkan bantuan dan menabur jasa sepanjang kelahiran SCH di Sarawak.

Selasa, 11 Ogos 2009

Syair Ahlul Bait



Syair ini daripada YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi, seperti mana disampaikan kepada beliau oleh ayahanda beliau, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.
Syair ini diamalkan secara harian di mana sekiranya terdapat wabak yang menular, hendaklah dibaca dan diusap ke bahagian kepala ahli keluarga. Bacaannya bukan seperti membaca doa tetapi ianya dibaca berbentuk Syair Ahlul Bait.

Daripada:
YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi
Presiden Merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
9 Ogos 2009

sumber: www.silatcekakhanafi.org

Khamis, 30 Julai 2009

Latihan Wajadiri 2009

Semenjak bulan Jun sehingga sekarang, semangat untuk mencapai kilauan emas di Wajadiri Sarawak 2009 tidak pernah luntur di dada setiap peserta. Hari demi hari para peserta giat memahirkan gerak demi gerak untuk mencipta persembahan sempurna di Sawarak nanti. Kita ikuti latihan mereka..

Gambar-gambar Sekitar "Hari Kejadian" (SRP)



Khamis, 23 Julai 2009

Majlis Ijazah Silat Cekak Hanafi Batu Pahat

Sukacita dimaklumkan akan diadakan Majlis Ijazah Asas dan Potong di Daerah Batu Pahat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 JULAI 2009

Tempat : Kompleks G3, UTHM

Masa : 9.00 malam

DAN

Tarikh : 23 JULAI 2009
Tempat : ADTEC
Masa : 5.00 petang


(*Tertakluk kepada pindaan)

Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis.

Ahad, 19 Julai 2009

Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) JOHOR

Setelah sekian lama menanti akhirnya SRP SCH telah kembali ke bumi Johor pada 19 Julai lalu. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Larkin, seramai 13 peserta SRP daripada UTHM telah mengambil ujian tersebut. Persiapan SRP telah dilakukan selama lebih kurang sebulan bermula dari awal Jun sehingga saat-saat akhir tarikh ujian. Para peserta telah berusaha gigih mempersiapkan diri dengan latihan jogging mengelilingi kampung Pt. Baring dan latihan persilatan pada sebelah malamnya. Tahniah diucapkan kepada mereka atas kejayaan menempuhi SRP. Berikut disertakan gambar-gambar ketika latihan . Gambar-gambar sewaktu tarikh "kejadian (SRP)" akan menyusul kemudian.



Ahad, 5 Julai 2009

Tempahan T-Shirt Menjulang Warisan Melayu

Dapatkan t-shirt terbaru "Menjulang Warisan Melayu"
Harga t-shirt hanya RM15 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)
Untuk tempahan sila hubungi cahayaimann@yahoo.com
*Siapa Cepat Dia Dapat!!

MAKLUMAN - SIJIL RENDAH PERSILATAN

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli Tamat Silat Cekak Hanafi yang ingin menyertai Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Hanafi, Butirannya seperti berikut : -

Tarikh : 19/07/09 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi

Lokasi : Kompleks Belia, Larkin

Bayaran : RM60.00

Blog Karnival Wajadiri 2009 Sarawak




Update mengenai wajadiri 2009 sarawak boleh di lihat di Blog Karnival Wajadiri 2009 Sarawak di http://wajadiri2009.blogspot.com/

Selamat Datang

Assalamualaikum...

BATU PAHAT - Selamat Datang diucapkan kepada Semua pengunjung blog ini khusus kepada Ahli Silat Cekak Hanafi walau di mana jua anda berada. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dan dengan berkat Rasul yang dikasihi junjungan kita semua Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasalam dapat juga pihak kami menyiapkan blog ini untuk tatapan umum berkenaan aktiviti2 yang dijalankan di sini.