Khamis, 5 November 2009

Makan Malam Berakhir Dengan Jayanya.


BATU PAHAT, 27 Oktober - Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi. Majlis tersebut yang diadakan di Hotel Landmark telah dihadiri seramai 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi sekitar Batu Pahat dan UiTM Segamat. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim antara ahli Silat Cekak Hanafi dan hubungan antara anak murid dengan Guru. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Yang DiPertua PSSCUHM Cawangan Johor En. Ismail Bin Manap dan Ketua Pusat Latihan Batu Pahat iaitu En. Shahibol Bin Wan. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 11.01 malam.



VIP menjamu selera


Tengok apa tu...???


Errmmm...Sedapnya


Wakil daripada ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Segamat


Peneraju Silat Cekak Hanafi Batu Pahat


Serikandi Silat Cekak Hanafi Batu Pahat