Khamis, 6 Mei 2010
Perjumpaan Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Johor
Tarikh : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 4.00petang
Tempat : Kompleks G3, UTHM
Bayaran : RM10.00
PERLAWANAN YANG DINANTIKAN SUDAH TIBA...
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Raja Futsal Parit Raja
Untuk makluman lanjut sila hubungi En.Zahrin bagi cawangan Johor dan En.Samsudin bagi Pusat Latihan Batu Pahat.... Mari datang beramai2 JOM FUTSAL...!!!
Khamis, 15 April 2010
Ahad, 21 Mac 2010
MAKLUMAN: MAJLIS IJAZAH
Tarikh : 24 MAC 2010
Tempat : BATU PAHAT
Masa : 5.00petang dan 9.00malam
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan
SEDEKAD Silat Cekak Hanafi UTHM






Makan Malam BBQ Cawangan Johor
TASEK MERDEKA, 6 FEBRUARI 2010 : Merah dan meriah. Itulah yang dapat dikatakan bila rata-rata tetamu yang hadir pada "Makan Malam BBQ" menepati warna tema makan malam iaitu "Merah Hitam". Ramai yang memilih warna merah hingga memenuhi hampir semua ruang yang diperuntukkan oleh penganjur dimana seramai 181 dewasa dan 25 kanak-kanak telah hadir bagi memeriahkan "Makan Malam BBQ" tersebut.
Sungguh segak dan bergaya YDP Johor, En. Harith Abd. Hamid apabila mengenakan baju berwarna merah walaupun itulah pertama kali memakainya dikhalayak ramai bagi menyambut tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Tujuan utama diadakan "Makan Malam BBQ" adalah untuk mengumpul dana bagi mengerakkan aktiviti persatuan dan bukannya makan yang diutamakan. Sungguhpun begitu, makanan yang terhidang cukup banyak dan pelbagai pilihan hingga ada yang tidak tahu hendak makan apa. Dari nasi arab, lauk-pauk, ulam-ulaman, acar dan rojak, kuih-muih, agar-agar dan puding, buah-buahan, sup kambing sehingga ke hidangan istimewa kambing 'kuzi' turut disajikan.
Para tetamu boleh makan apa sahaja tetapi dari apa yang dapat dilihat mereka yang turut serta adalah kerana semangat dan keinginan yang merah membara (warna tema makan malam) untuk membantu menjayakan pengumpulan dana Cekak Hanafi Johor. "Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut, sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dimohon jutaan ampun dan maaf", itulah antara kata-kata En. Harith Abd Hamid semasa memberi ucapan. "Bercakap tentang semangat, kehadiran tetamu dari pasir Gudang, Batu Pahat, Muar dan Segamat cukup membanggakan malah mereka yang satu ketika pernah menyumbang bakti di Johor dan sekarang bekerja diluar Johor turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana", tambahnya lagi. Turut disentuh semasa ucapan beliau adalah mengenai aktiviti yang akan dirancang serta Mesyuarat Agung Tahunan yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Sebanyak 12 hadiah hamper disediakan kepada para tetamu, dengan cabutan bertuah kepada mereka yang bertuah pada malam tersebut, permainan untuk kanak-kanak, senda-gurau kepada suami isteri dan mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Februari turut diraikan pada malam tersebut.
Peluang berkaraoke turut dibuka kepada tetamu dan sungguh ramai yang berbakat dalam nyanyian dan boleh diketengahkan untuk menyertai "Mentor". Dan seperti biasa YDP Johor En. Harith turut mendendangkan sebuah lagu dari Broery Marantika, sesuai dan kena dengan suara YDP yang ala-ala Broery Marantika. Begitu juga dengan mantan YDP Johor, En. Abdil Hakim Ahmadun turut menyanyikan sebuah lagu dan boleh dikatakan mereka ini cukup sporting. Kepada mereka yang bercita-cita menjadi YDP Johor ini nasihat yang boleh diberikan iaitu latih-latihlah menyanyi.
Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30mlm dan dalam diam sungguh pantas masa berlalu hingga tidak sempat untuk mendengar orang lama menyanyi terutama dari En. Ariff Alias (Abang Ariff), suaranya yang lunak merdu menyanyikan lagu 'Abang Beca' amat dirindui bagi mereka yang pernah mendengar semasa abang Ariff menyanyikannya di "Hari Keluarga Cekak Hanafi" yang telah pernah diadakan pada masa lalu. Semoga pihak PSSCUHM Cawangan Johor dapat menganjurkan "Hari Keluarga Cekak Hanafi" pada masa-masa akan datang.
Rabu, 10 Mac 2010
PAMERAN DAN PERSEMBAHAN DEMO SILAT CEKAK HANAFI
Tarikh : 13 MAC 2010 (Sabtu)
Masa : -9.00pagi - 5.00petang (pameran dan kaunter pengambilan ahli baru)
-3.30petang (persembahan demo silat cekak hanafi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Parit Raja
*Tertakluk Kepada Pindaan
Selasa, 2 Mac 2010
PERAYAAN SEDEKAD SILAT CEKAK HANAFI UTHM
Sabtu, 6 Februari 2010
Buffet BBQ Dinner
Tarikh : 6 Febuari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran JB Katering, Taman Tasek Merdeka, Johor Bahru.
Bayaran : RM35 (12 tahun ke atas), RM15 (4 hingga 11 tahun)
Tujuan : Pengumpulan Dana SCH Johor
Hubungi : En. Mohd Shukor (012-7412121) @ AMMN SCHJ
Tema : red black
Marilah sama2 kita memeriahkan majlis tersebut... Antara aktiviti yg menarik pertandingan karaoke, kambing kuzi dan lain-lain...
Rabu, 27 Januari 2010
TAHNIAH KEPADA AHLI MAJLIS MESYUARAT KELAB KSCH UTHM 2010
Presiden : Mohd Fiqri Izwan Shah Bin Jamil
T. Presiden : Muhammad Yasin Bin Abdul Rahman
T. Presiden : Mohamad Fazli Bin Rosli
Setiausaha : Norahmaniah Binti Mustafa
Bendahari : Siti Norfaridah Binti Sayed Othman Ali
Ahli Majlis Mesyuarat :
1. Mohd Syafiq Bin Mohd Saad
2. Iswan Bin Waris
3. Mohd Saufi
4. Mohd Hafizul
5. Mohd Noh
6. Nurazzilah Binti Sulaiman
7. Siti Hajar Binti Mazni
8. Raden Khairul Farah
9. Norhayati
10. Razana
11. Laili Iwani Binti Jusoh
12. Afizawati
Tahniah Diucapkan... Semoga dapat menjalankan Amanah yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab agar Kelab Silat Cekak Hanafi UTHM lebih Gemilang tahun ini...