Selasa, 22 Disember 2009
Silat Cekak Hanafi @ Utusan
IPT digalak tambah jumlah kredit kokurikulum
BANGI 20 Dis. – Institusi pengajian tinggi tempatan digalak menambah jumlah kredit di dalam nilai gred mata (GPA) bagi aktiviti kokurikulum pelajar masing-masing.
Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Radwan Che Ros berkata, langkah itu dilihat mampu mendorong pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar kuliah.
Malah kata beliau, kementerian yakin dengan cara ini, setiap pelajar mempunyai faktor nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang dan bukan setakat mempunyai kelulusan akademik semata-mata.
“Selain itu, ia memberikan keyakinan kepada mereka untuk menempuh alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian semasa berucap mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi di German-Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Presiden serta Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM), Md. Radzi Hanafi Al-Qadhi dan Pengarah Urusan GMI, Yusoff Md. Sahir.
Dalam perkembangan lain, Radwan berkata, kegiatan seni silat dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang seimbang daripada segi pembentukan fizikal dan kerohanian.
“Setiap individu yang menghayati silat dapat menyemai semangat jati diri kepada bangsa dan agama.
“Memandangkan dunia kian dipengaruhi arus globalisasi, peranan seni silat dalam mempertahankan identiti jati diri Melayu semakin penting,’’ katanya.
Malahan, beliau yakin silat boleh menjadi satu cara terbaik bagi mengatasi permasalahan sosial masyarakat hari ini seperti penyalahgunaan dadah dan budaya merempit.
Pada majlis tersebut, seramai 200 tenaga pengajar dari seluruh negara menerima tauliah masing-masing.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Rabu, 2 Disember 2009
HARI KELUARGA SILAT CEKAK HANAFI CAW. JOHOR
Tarikh : 6 Disember 2009 (AHAD)
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat : Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Johor.
Bayaran : RM 5.00
Dijemput Semua Ahli Silat Cekak Hanafi Cawangan Johor sama-sama hadir untuk merapatkan Silaturrahim sesama kita dan memeriahkan lagi program berkenaan. JOM SANTAI!!!
Rabu, 11 November 2009
MAKLUMAN: Tempahan Baju Korporat PSSCUHM
Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Rumah Persatuan Kampung Melayu Majidee.
Deposit : RM50.00
kesemua TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI JOHOR diWAJIBkan datang untuk penempahan tersebut.
* Tertakluk kepada pindaan
Selasa, 10 November 2009
Tour Ahli MMN Johor Darul Ta'zim
Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat : Johor Bharu-Segamat-Muar-Batu Pahat-Pasir Gudang
Masa : 7.30pagi hingga 10.00malam.
Diharapkan kepada semua Daerah dapat bersedia untuk menerima kunjungan tersebut.
*Tertakluk kepada pindaan
Khamis, 5 November 2009
Makan Malam Berakhir Dengan Jayanya.






Khamis, 22 Oktober 2009
Rabu, 21 Oktober 2009
MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YM GURU UTAMA SILAT CEKAK HANAFI
Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Tempat : Hotel Landmark, Batu Pahat
Masa : 8.00malam
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi khusus di Batu Pahat yang berminat untuk turut-serta bolehlah memberi NAMA dan BAYARAN kepada Faridah: 019-7497421 / Fazli: 019-7082721 sebelum 23 OKTOBER 2009 jam 11.59pm. TEMPAT ADALAH TERHAD
MAKLUMAN: MAJLIS IJAZAH
Tarikh : 27 OKTOBER 2009
Tempat : BATU PAHAT
Masa : 4.00petang
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis.
Khamis, 8 Oktober 2009
Khamis, 1 Oktober 2009
Pameran dan Persembahan Demonstrasi KSCH UTHM
Tarikh : 5 - 7 Oktober 2009 (demo silat cekak hanafi 6/10/2009)
Tempat : Dewan Tengku Ibrahim Ismil, UTHM
Masa : 10.00pagi - 10.00malam (demo silat cekak hanafi 9.00 malam)
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua WARGA UTHM yang membaca artikel ini dan ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi di Batu Pahat khusus di UTHM dijemput hadir.
Rumah Terbuka Aidilfitri Guru Utama/Presiden PSSCUHM

Tarikh : 10 Oktober 2009
Tempat : Lot 8432, Jalan H1, Taman Melawati, Ulu Klang.
Masa : 1.00petang - 5.00petang
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut.
Isnin, 28 September 2009
Sambutan AidilFitri Silat Cekak Hanafi
Tarikh : 11 Oktober 2009
Tempat : Bilik Perbincangan, Kompleks G3, UTHM
Masa : 2.00petang
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi khusus di Batu Pahat serta berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut. Sebarang sumbangan daripada ahli dalam bentuk juadah amatlah digalakkan.
WAJADIRI SARAWAK MERIAH!!!
Pada hari Jumaat, 13 Ogos 2009 telah diadakan Majlis Tahlil Perdana yang telah diadakan

di Dewan Umum, Kompleks CIDB Kuching Sarawak, majlis telah dipimpin oleh Tuan Hj Awang Shahbudin dari Persatuan Qari Kuching. Majlis
telah diadakan bagi memperingati Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi, Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13hb Ogos 1986 dan bersempena Sambutan 10 tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Seramai lebih kurang 900 orang ahli SCH dari seluruh negara telah menghadiri majlis tersebut yang


Kejohanan ini julung-julung kalinya diadakan di luar semenanjung Malaysia di kepulauan
Borneo telah disertai oleh 35 pasukan yang terdiri daripada 23 IPT dan 12 sekolah dari seluruh Malaysia. Sebanyak 8 kategori lelaki dan wanita telah dipertandingkan dan kontigen UTHM telah memenangi 2 pingat perak bagi kategori Umum Kosong Lelaki dan Wanita dan 2 pingat gangsa iaitu dalam kategori Persembahan Atas Papan Sekeping Lelaki dan Menangkis Serangan Tongkat Lelaki. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi dan wakil-wakil dari Kementerian dan Agensi Kerajaan, wakil-wakil dari IPT dan Sekolah yang terlibat.

Pada sebelah malamnya telah diadakan Majlis Makan Malam Nostalgia diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching sempena Sambutan 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Majlis Makan Malam Nostalgia tersebut telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila seramai lebih 900 orang ahli dari seluruh Malaysia telah memenuhi ruang dewan bagi meraikan semua kontinjen Kejohanan Wajadiri dan Lifetime Award Achievement. Tujuan Lifetime Award Achievement diberikan adalah bagi memberi penghargaan kepada mereka yang banyak menghulurkan bantuan dan menabur jasa sepanjang kelahiran SCH di Sarawak.
Selasa, 11 Ogos 2009
Syair Ahlul Bait
Syair ini daripada YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi, seperti mana disampaikan kepada beliau oleh ayahanda beliau, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.
Syair ini diamalkan secara harian di mana sekiranya terdapat wabak yang menular, hendaklah dibaca dan diusap ke bahagian kepala ahli keluarga. Bacaannya bukan seperti membaca doa tetapi ianya dibaca berbentuk Syair Ahlul Bait.
Daripada:
YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi
Presiden Merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
9 Ogos 2009
Rabu, 5 Ogos 2009
Khamis, 30 Julai 2009
Latihan Wajadiri 2009
Khamis, 23 Julai 2009
Majlis Ijazah Silat Cekak Hanafi Batu Pahat
Tarikh : 23 JULAI 2009
Tempat : Kompleks G3, UTHM
Masa : 9.00 malam
DAN
Tarikh : 23 JULAI 2009
Tempat : ADTEC
Masa : 5.00 petang
(*Tertakluk kepada pindaan)
Kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi yang berkelapangan dijemput hadir untuk meramaikan majlis.
Ahad, 19 Julai 2009
Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) JOHOR


Ahad, 5 Julai 2009
Tempahan T-Shirt Menjulang Warisan Melayu
MAKLUMAN - SIJIL RENDAH PERSILATAN
Kepada semua ahli Tamat Silat Cekak Hanafi yang ingin menyertai Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Hanafi, Butirannya seperti berikut : -
Tarikh : 19/07/09 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Kompleks Belia, Larkin
Bayaran : RM60.00